Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu, tahanlah
perasaanmu.
Jika perasaan itu tidak lagi tertahan, coretkanlah segala isi hatimu tentang cinta dan rindu, tentang doa dan harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah isi hatimu itu padanya.Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi rahsia antara dirimu dan Sang Pencinta kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu, diam lebih baik :)
*Source: Nurul Atikah Abdul Latif :)
AKU HARAP APA YANG AKU LAKUKAN INI ADALAH SATU TINDAKAN YANG BAIK DAN DIREDHAI ALLAH. InsyaALLAH