Jadilah Rakan Yang Terbaik

Bismillah. Assalamualaikum semua. Hi guys, sihat semua? Harini hari Sabtu dan harini aku rasa aku paling malas. Yeah malas gilos. Tapi tadi aku baru lepas buat hw Sejarah tu pun aku salin soalan je. Jawapan? Hmmmmmmm tiru Fatin jelah. Yeah, fatin. BFF aku! Lols. semua orang dalam kelas dah tahu. Kalau nak ubah kedudukan dalam kelas, semua tahu Okay kalau disitu ada hanis, tepi dia mesti Fatin! Oh okay. Hahaha well aku dengan dia dah kawan dari sekolah rendah. Dan aku seronok berkawan dengan dia. Oh cite pasal sahabat sejati ni. Uollsz ada sahabat sejati tak? Opcop ada kan? Okay meh i nak cite cikit pasal sahabaaaat sejati. Let's begin :b

Dalam hidup kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai rakan, right? Yeah sama seperti aku. Aku juga perlukan rakan kerna tanpa rakai I'm nothing. Rakan yang baik akan membimbing kita ke arah kebaikan. Erm, aku rasa aku tak cukup sempurna nak jadi rakan sebaik ini. Hmm

Dalam kita berkawan. Kita perlu ikhlas dan tak mengharapkan apa-apa balasan. Biarlah Allah sahaja membalas kebaikan yang kita lakukan. Ye dok? jangan lah nak kawan dengan seseorang tu dia kaya! atau dia cantik or apa. Just be yourself okay? Dalam berkawan juga kita perlu beradab! sebab apa? Sebab agar persahabatan yang kita bina tu akan berkekalaaaan sampai bila-bila. 

Kawan yang ramai sememang boleh dicari. Tapi yang benar-benar ikhlas tu memang susah sangat nak cari kan? Hmm tapi hanya perlu minta pada Allah supaya diberikan petunjuk sebab kita takboleh baca hati orang tu. Tapi kita boleh kesan orang tu benar-benar ikhlas kawan kita dengan satu cara. Kita tengok bila kita dalam keadaan senang dan susah dia sentiasa di samping kita maknanya itulah kawan yang kita cari selama ini tetapi kalau time senang nampak batang hidung, time kita susah lesap entah ke mana. Maknanya dia hanya ambil kesempatan dekat kita je tuh.

Contoh hubungan persahabatan terbaik yang perlu kita contohi adalah sahabat-sahabat seperjuangan Rasulullah S.A.W seperti Abu Bakar As-Siddiq Umar Al Khattab, Usman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib dan sahabat-sahabat nabi yang lain.
Mereka bersahabat kerana Allah S.W.T dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W untuk menegakkan agama Islam. Tidak kira di waktu susah atau pun senang mereka akan tetap berjuang bersama dengan Rasulullah S.A.W. Itulah contoh sahabat terbaik yang perlu kita contohi.
Semoga hubungan persahabatan yang kita jalinkan bersama dengan rakan-rakan kita akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Berdoalah untuk kesejahteraan rakan-rakan kita. Jika ada diantara rakan-rakan kita yang melakukan kesalahan maka masing-masing perlu mengingatkan antara satu sama lain.
Perbetulkan mana yang silap. Terimalah rakan-rakan kita seadanya kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna.