Imaginasi Part 2





"Awak.. lepas SPM nanti kalau awak dapat result cemerlang. Awak nak study dekat mana?" Suraya bertanya kepada Aiman.

"Ermmmm. Saya nak sambung belajar dekat luar negara. Best!" Suraya terdiam. Aiman pelik.

"Lahh, kenapa diam?" tanya Aiman kehairanan "Habis saya macam mana? takkan awak nak tinggal saya sorang-sorang dekat sini" Suraya merajuk.

"Haha, apalah awak nii. Kita kan Best Friend Forever. Saya takkan tinggalkan awak walau apa pun yang berlaku" pujuk Aiman. Suraya kembali senyum "Awak janji?" "Ya, saya janji" Aiman mengukir senyuman.

"Surayaa oiiiiii surayaaaa" Puan Aminah menjerit memanggil. Suraya terus tersedar dari lamunan nya. "Ya, ibu" suraya menjawab perlahan. Ya, kini suraya sudah 25 tahun. Dah 6 tahun dia tak berjumpa dengan Aiman. Selepas Aiman berangkat ke Jordon. Hubungan Suraya dengan Aiman bagaikan dah terputus. 

"Suraya! besok kamu ada temuduga kerja dekat syarikat korporat tu kan?" soal Puan Aminah

"Ya, ibu" jawab Suraya pendek. "Haa, pakai lawa-lawa sikit. Kamu tu dah 25 tahun. Kahwin pun belum lagi. Kot-kot ada mamat kaya yang terpikat dengan kamu esok" "Yelah, ibu" jawab Suraya endah tak endah

Keesokan harinyaa

"ya Allah. kau murahkanlah rezeki aku hari ini. Bagi lah aku dapat kerja ini ya Allah" doa Suraya seusai solat subuh. Harini dia memakai baju kurung berwarna merah jambu dan mengenakan tudung bawal berwarna putih. Cukup simple sekali! bibir mungil Suraya pula dioles dengan sedikit lipgloss brand Silkygirl.

"Suraya pergi dulu ye mak" Suraya mencium tangan ibu nya lalu kedua belah pipi ibunya pula.

Sesampai di office. Suraya pergi ke kaunter pertanyaan tentang temuduga tersebut. Kemudian Suraya dibawa ke bilik Pengarah tersebut untuk di temuduga.

"Assalamualaikum Tuan" Ucap suraya tanda hormat.

Aiman tersentak! dia seperti mengenali suara itu. Lalu dia mendongak untuk melihat siapa empunya suara tersebut. Suara yang sangat dirinduinya "Suraya!" menjerit kecil Aiman di dalam hati

Suraya juga bagaikan terkaku melihat jejaka di hadapan nya. Jejaka yang amat dirindui nya selama ni. Jejaka yang telah mencuri hatinya semenjak dia berada dia tingkatan 4. Tetapi suraya tidak cepat melatah, dia berlagak biasa.

"Duduk" perintah Aiman tegas. Suraya akur dia duduk di kerusi yang disediakan. 3 minit berlalu, Aiman sibuk menyelak resume Suraya. Kemudian dia bersuara "Tahniah. Awak boleh bekerja di sini. Harini dah boleh start kerja" Suraya tersenyum kecil lalu mengucapkan terima kasih kepada Aiman.

Selepas sesi berkenalan selesai, Suraya dibawa ke mejanya. Iaitu bersebelahan dengan bilik Aiman. Suraya akur tanpa bantahan. Dalam hati dia merafakkan kesyukuran kepada Allah kerana memakbulkan doanya pagi tadi.Tiba-tiba datang seorang staff memanggil Suraya.

"Su, boss nak jumpa kau tu" 

"Sekarang ke Kak Nab?" Suraya bertanya 

"Eh taklah, semalam. Ish, sekarang laah" jawab Kak Nab geram.

Suraya segera meninggalkan biliknya. Sesampai di hadapan pintu bilik Aiman. Suraya mengetuk pintu lalu masuk.

"Ya encik Aiman. ada apa-apa yang boleh saya bantu" tanya Suraya tenang

"Ermm, teman saya Lunch jom" 

"Erkkk, biar betul encik Aiman? saya sibuk sekarang nii"

"Sekarang ni saya boss ke awak boss dalam office ni. Ikut jelah" bentak Aiman

"Ish, yelah yelah. saya pergi ambil beg tangan sekejap" Suraya mencebik

Suraya menaiki kereta Aiman. Merecedez Benz. Ya, agak kekok juga naik kereta mahal-mahal macam ni. Suraya selalu naik kereta biasa-biasa sahaja. Suasana di dalam kereta sunyii sepi je. Radio pun tidak dibuka. Aiman memandang sekilas Suraya.

"Saya minta maaf" Aiman memulakan bicara

"Takde apa yang nak diminta maaf kan encik Aiman" jawab Suraya malas.

"Janganlah ber-encik-encik dengan saya Suraya. Saya tahu saya salah"

"Awak tahu tak berapa lama saya tunggu awak! lepas awak pergi ke Jordon awak terus senyap kenapa?!" mata Suraya sudah merah menandakan air matanya akan tumpah taklama lagi.

"Awak, saya mintak maaf. Saya bukan sengaja awak. Tolong lah maafkan saya" Aiman cuba memujuk Suraya.

Suraya diam. dia tidak berminat mahu meneruskan perbualannya dengan Aiman

"Encik Aiman. cepatlah! kita nak makan dekat mana ni. Saya rimas duduk dalam kereta ni lama-lama" Suraya cuba menukar topik.

Aiman tersenyum "Awak nampak comel bila awak marah, Suraya" Suraya menjeling maut kepada Aiman. Aiman gelak besar.

Keesokan harinya, awal pagi lagi Suraya sudah tiba di pejabatnya. Dia melangkah masuk ke biliknya. Di atas mejanya, ada sejambak bunga ros merah. Bunga kegemarannya. Suraya kehairanan "Haih siapa pulak lah yang main hantar-hantar bunga ni." Suraya mencapai sekeping kad yang disisipkan di celah-celah bunga tersebut.

Bukak-bukak, tertulis Maafkan Saya sayang -Aiman. Suraya tersenyum kecil, tetapi senyumannya pelan-pelan hilang disebabkan ego yang meninggi. "Aku jangan layan dia sangat, salah dia dekat aku masih aku takboleh terima" lalu bunga tersebut dibuang dalam tong sampah.

Aiman sedar bukan mudah mahu memujuk Suraya. Cubaan mahu memujuk Suraya dengan bunga gagal! Jadi dia akan gunakan Plan B. Hehehehehehhehehhehehe. Aiman tersenyum sendirian.

Pada malam itu, seusai Suraya solat Isyak dia duduk di atas katil untuk merehatkan diri. Setelah seharian penat bekerja,akhirnya dapat juga Suraya berehat. Tiba-tiba telefonnya berdering. Suraya merengus

"Hello" Suraya memulakan bicara

"Hello, su. Ni kak Nab ni. Encik Aiman..." Nada suara Kak Nab seperti cemas

"Kenapa dengan Encik Aiman Kak nab?!!" Suraya panik

"Encik Aiman accident. dia sekarang di Hospital Kuala Lumpur. ICU. datang sekarang" talian dimatikan

Suraya panik. Dengan tergesa-gesa dia mencapai tudung dan kunci keretanya. Dalam perjalanan, Suraya menangis tidak henti-henti. Dalam hatinya dia berdoa semoga Aiman tidak apa-apa. Semoga orang yang dia cintai tidak apa-apa. Sesampai sahaja di hospital, Suraya bergegas ke wad ICU. Kelihatan Aiman sangat tenat. Suraya dengan pakaian tidak terurusnya datang dan duduk di sebelah Aiman. Dia menangis sekuat hati 

"Huwaaaa..Aimann!!! bangun Aiman!!!!Maafkan saya aiman!!...saya bersalah Aiman!!! saya cintakan awak Aimann! tolong saya Aimann. Jangan tinggalkan saya!!!" jerit Suraya sambil mengenggam erat tangan Aiman.

Tiba-tiba Aiman bangun sambil tersenyum "Ehh, yekee?!! betul awak cintakan saya?! saya pun cintakan awak. muahh muah" Suraya terkejut dan baru dia tersedar dia telah ditipu oleh Aiman dengan pantas Suraya memukul Aiman dengan sekuat hati kerana geram. Akhirnya mereka sama-sama tergelak.

"Esok saya meminang awak" bisik Aiman lembut. Suraya hanya tersenyum bahagia. Dalam hatinya dia mengucapkan syukur kepada Allah

TAMAT

****************************************