Imaginasi



Assalamualaikum semua. Yo! wassup wassup? Haha Okay boleh saya merepek sekarang? Okay terima kasih. Hmm, blog ini suram lah. Macam takde sapa nak baca blog aku. Tapi takpelah kan aku bukannya retis or blogger femes macam orang kat luar sana. Tidak mengapalah, ku redha dengan ketentuan Nya........

*************************************

Namaku Suraya. Aku tingkatan empat. Dulu waktu aku di tingkatan 3, aku mendapat 8A dalam PMR. Dengan berbekalkan result yang cemerlang itu, aku memohon ke Sekolah Berasrama Penuh di Kuala Lumpur. Hari ini, kali pertama aku akan menjejakkan kaki ku di sekolah itu. Haih! terasa keberatan pula mahu meninggalkan keluarga dan kawan-kawan ku. 

"Kenapalah aku ni bengap sangat pilih SBP jauh-jauh. kang rindu susah" ngomel suraya dalam hati.

Aku melangkah masuk ke sekolah itu dengan berdebar-debar. Maklumlah aku kan budak baru. Taktahu pejabat di mana. Hmm nampaknya pendaftaran budak f4 sudah bermula. Aku segera menarik tangan ibu ku. *pendaftaran tamat* Ibubapa ku pun sudah pulang. Ahai, baru beberapa minit sahaja mereka sudah pergi, sudah rindu. Aduhai! 

Aku menuju ke dorm ku sendirian. Tiba-tiba ada seseorang yang melanggar ku dari belakang. Aku terjatuh

"Aduh. Budak mana pulak yang langgar aku ni" kata Suraya

budak itu terus berlalu pergi tanpa menolong Suraya

"Ish. Mamat ni bukan nak tolong. Main tolak je. Kwanghajo" kata Suraya di dalam hati

Suraya bangun dengan susah payah nya. Lalu dia terus beredar dari situ. Setibanya di dorm, dia memperkenalkan diri kepada semua kakak seniors di situ. Semuanya baik-baik belaka. 

Pada keesokan harinya
situasi : di kantin

Suraya baru lepas membeli air Sirap Bandung. air kegemarannya. Sedang dia ingin menuju ke tempat duduknya. Mamat yang sama melanggarnya! sampai tertumpah air Sirap bandung itu terkena pada baju sekolah Suraya. Suraya naik berang. Mereka ingat suraya budak baru, senang dibuli. Memang silap lah! 

"Hoi, takde mata ke hah? dah lah semalam langgar aku lepastu buat bodoh je. Kau pahal?!" Suraya menegking mamat itu

Mamat itu menunjukkan muka tak puas hati. Suraya sekilas memandang Nametag mamat tersebut yang tertulis Aiman.

"Oh, nama mamat ni Aiman rupanya. Hm boleh tahan" berbisik dalam hati Suraya. Tiba-tiba mamat itu menengking Suraya...

"Hoi. Kau yang takde mata. Baru je sekolah satu hari dah tunjuk belang. Kau hingat kau siapa hah?"

Suraya tersentak. Air mata nya mula menakung tanda ketakutan campur malu. Dia malu ditengking di khalayak ramai. Kemudian dengan segera, dia berlari menuju ke tandas. Suraya malu! malu sangat. Di dalam tandas, di menangis sepuas-puasnya. Suraya tersedar. Mengapa dia perlu menangis sedangkan dia kuat! 

"Ya! aku kuat!. Aku takboleh menangis. Lagipun itu bukan salah aku. Ini semua pasal mamat tu" Suraya berkata. 

Lalu dia segera membersihkan mukanya. Lalu dengan dada yang berkobar-kobar dia menuju ke kantin dimana tempat Aiman dan kawan-kawannya sedang bergelak ketawa tentang kejadian tadi. Dengan segera, Suraya membeli air sirap bandung lalu dengan selambanya dia menjirus air tersebut ke atas kepala Aiman. Habis basah! Aiman yang tadi seronok bergelak ketawa, terkejut! Suraya tersenyum kemenangan.

"Hoi. Apa yang kau buat ni perempuan?!" tempik Aiman

"Itu sebagai balasan untuk kau. Hah, padan muka. Ingat aku takut dengan kau ke hah?" Suraya tersenyum sinis. 

Aiman memandang Suraya dengan geram. Dia mengepal tumbukannya lalu dengan rasa geram dia beredar dar situ.

2 Hari Kemudian...........

Hari dah lewat malam. Tetapi Suraya masih tekun mengulangkaji pelajaran. Kadang-kadang perasaan takut menyerbu dalam dirinya. Tapi memandang kan peperiksaan pertengahan tahun akan bermula seminggu lagi dia perlu kuatkan semangat. Tiba-tiba Suraya seperti mahu terkucil lalu dia mengambil lampu suluhnya dan pergi ke tandas. Dengan berbekalkan semangat yang Suraya ada, dia berani pergi berseorangan.

Dia tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan. Selesai membuang hajatnya. Suraya keluar tandas dengan berasa lega. Tiba-tiba dia dipeluk oleh seseorang. Seseorang yang dia tidak dikenali nya! Suraya menjerit meminta tolong.

"Tolooonggggg!!!!!!!!!!! tolongg!!!!!" Kebetulan, Aiman yang melalu tempat itu terdengar jeritan tersebut.

Aiman kehairanan. "Siapa pulak lah yang main mintak tolong tengah malam buta ni" dia bercakap sendirian. Tanpa berlengah, dia mencari punca suara tersebut. Dia ternampak Pak guard sedang memeluk seorang budak yang cukup dia kenali. Musuh dia! Oh ya musuh dia! Aiman tersenyum tapi senyuman nya itu hilang melihat Suraya yang bersusah-payah menyelamatkan dirinya.

Aiman beristighfar. Dengan segera dia datang lalu menumbuk Pak guard tersebut. Pak guard pengsan. Suraya menangis teresak-esak di tepi semak. Aiman mendekatinya sambil bertanya "Kau tak apa-apa?" Esakan suraya semakin kuat. Aiman cuba menenangkannya " Sssshhh, diam lah! nanti kita report benda ni dekat pengetua okay? dah dah pergi balik dorm" Suraya mengangguk kecil lalu terus beredar meninggalkan Aiman.

Keesokan harinya, Suraya dipanggil oleh Pengetua. Di dalam bilik pengetua, Suraya bersama Pak Guard dan Aiman. Suraya menceritakan segala-galanya kepada pengetua. Keputusan dibuat. Pak guard tersebut di pecat dan pengetua mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Aiman yang telah menolong Suraya. Mereka boleh balik ke kelas masing-masing.

Di luar bilik pengetua. Suraya ingin mengatakan sesuatu kepada Aiman....

"Erm, Aiman. Saya nak mintak maaf dan terima kasih sebab tolong saya semalam"

"Hmm, okay"

"Awak maafkan saya?"

"Yelah, yelah"

"Kita kawan?" 

"Okay, kita kawan"

Sejak dari itu, Aiman dan Suraya berkawan baik. Kemana sahaja mesti mereka akan bersama. Dah macam belangkas. Asyik berkepit jeee! ada jugak gossip-gossip liar mengatakan bahawa mereka ini sedang hangat bercinta. Tapi mereka dia endahkan semua itu kerana yang penting pada tahun hadapan mereka akan hadapi satu lagi peperiksaan besar iaitu SPM. Semoga Allah memberkati hubungan mereka. 

**************************************