Cerita Sedih 3.0

Hari ini tenang seperti biasa. Selepas solat subuh, aku berteleku di atas sejadah. Momohon dan berharap agar dosa-dosa ku diampunkan oleh Allah. Aku hanya berserah kepada Allah. Penyakit ku ini seperti tiada penawarnya. Aku bukanlah kuat seperti yang disangkakan. Entah esok atau lusa aku akan mengadap Ilahi. Ya, aku redho. Kerana semua yang hidup pasti mati, tapi mungkin aku pergi terlebih dahulu sebelum kawan-kawanku.


Siapakah anak muda yang bernasib malang itu? Itu adalah aku. Ya aku! Aisyah namaku. Umur ku 16 tahun. Aku menghidap penyakit barah otak. Mungkin pelik muda-muda mendapat penyakit tetapi itu tidak mustahil. Tentang penyakit ku ini, tiada sesiapa yang mengetahuinya kecuali ibu bapa ku. Biarlah ia menjadi rahsia ku buat selama-lamanya kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa. 


4 bulan sebelumnya........


"Cikgu cikgu Aisyah pengsan dekat kelas cikgu!!" jerit ketua kelas 4 Science 1 memanggil guru kelasku. Entah mengapa, kepalaku terasa pening sekali. Bagai dunia berputar. Lalu tanpa ku sedari, rupanya aku telah pengsan. Perkara ini berlarutan sampai pada suatu hari hidung ku berdarah......"eh aisyah, kenapa hidung kau berdarah ni?" tanya safiah kerisauan. Mari aku kenalkan, Safiah ialah kawan baik ku. Dia adalah kawan terbaik ku. Aku hanya berdiam diri sambil mengelap darah di hidung ku. "Muka kau pun nampak macam pucat sangat ni" safiah berkata lagi. "Aku takde apa-apa lah safiah, cuma letih sikit je" jawabku cuba menyedapkan hati safiah


Pada keesokan harinya, aku pengsan di dapur sewaktu menolong ibuku di dapur. Tanpa berlengah, mereka membawa aku ke hospital. Doktor mengesahkan aku mengidap barah otak. Semenjak dari itu, hidupku seperti telur di hujung tanduk. Aku seperti tidak percaya. Aku seperti sudah hilang semangat. Setiap hari, aku menangis mengenangkan nasib diri. Tapi aku tahu, aku perlu rahsiakan perkara ini dari kawan-kawanku. Dan aku perlu teruskan hidupku!


Esok sekolah. Aku gagahkan juga diriku untuk pergi ke sekolah! aku takut rahsia aku akan terbongkar kerana perubahan fizikal ku semakin ketara. Hidung berdarah, muka pucat, muka cengkung. Pasti safiah akan bertanya pelbagai soalan kepada aku. Aduh, bagaimana ini? Aku berlagak biasa. Berpura-pura ceria seperti selalu. Ya, sebelum ini aku adalah seorang murid yang ceria dan nakal. Jika tidak membuat nakal sehari, tidak sah rasanya! 


Sewaktu rehat, aku akan makan ubat yang dibekalkan oleh Doktor kepada ku. Itu pun secara sorok-sorok. Selalunya aku akan makan ubat sewaktu safiah sedang sibuk beratur panjang untuk membeli makanan. Ya, sesungguhnya aku tidak mahu dia risaukan aku. Biarlah aku pergi dengan tenang tanpa menyusahkan sesiapa. Tetapi nasib tidak menyebelahiku, sewaktu pelajaran Sejarah. Tiba-tiba aku batuk teruk, safiah yang disebelah ku cuba menepuk-nepuk lembut belakang ku. 


Aku menekup mulut apabila batuk, buka-buka ada cecair berwarna merah melekat di tapak tanganku. aku segera menutup tapak tangan ku. "kau tak apa-apa ke ni?" tanya safiah "tak tak , aku tak apa-apa" jawabku gagap. Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini menempuh dugaan mu ya Allah"


4 bulan telah berlalu. Penyakit ku semakin teruk. Doktor kata harapan aku untuk hidup sangat tipis, aku menerimanya dengan tenang. Itu mungkin takdir ku tidak boleh mengambil Spm, memasuki Universiti, bekerja, berkahwin. Sepert sahabat-sahabat ku yang lain. 


"Safiah, terima kasih kerana sudi menjadi sahabat ku. Engkaulah sahabat ku dunia akhirat. Aku ingin meminta maaf kepadamu wahai sahabatku jika ada salah silap yang telah ku lakukan kepadamu tanpa sedar atau tidak. Terlalu banyak kenangan kita bersama. dari kecil hingga kita meningkat dewasa ini. Maafkan aku kerana tidak dapat menemanimu lagi. Aku terpaksa pergi, ini adalah takdir hidupku. Engkau yang masih hidup, teruskanlah hidup walaupun aku tiada di sisimu. Janganlah berputus asa untuk mengejar apa yang engkau hajatkan. Semoga hidupmu dberkati wahai sahabatku...."


                                                                                                                             salam sayang,
                                                                                                                                  Aisyah